Kemelut Sabah; Bersatu buat penelitian sebelum keluar kenyataan - Utusan Malaysia

Kemelut Sabah; Bersatu buat penelitian sebelum keluar kenyataan

WAN SAIFUL Wan Jan (duduk, tiga dari kanan) ketika menghadiri mesyuarat penubuhan kelompok Tani Nyior Sebatang, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu membuat penelitian terperinci sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut politik di Sabah.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, hasil penelitian itu akan dikumpulkan dalam satu input yang akan disuarakan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam masa terdekat bagi mengelakkan percanggahan kenyataan.

“Di peringkat Bersatu kita minta supaya Timbalan Presiden, Naib Presiden, dan Setiausaha Agung untuk menguruskan apa yang berlaku dengan mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli dan barisan pemimpin Bersatu Sabah pada hujung minggu lepas.

“Jadi, ini semua akan dikumpul dalam satu input yang akan disuarakan oleh mereka kepada Majlis Pimpinan Tertinggi dan saya rasa rasa nanti kita akan keluarkan kenyataan yang lebih tepat bagi mengelakkan sebarang percanggahan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri mesyuarat Penubuhan Kelompok Tani Nyior Sebatang, di sini hari ini.

Menurutnya, kemelut politik yang melanda Sabah ketika ini berpunca daripada sikap segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai ‘pengganggu’.

“Saya rasa ini adalah realiti sikap UMNO yang sebenarnya. Kita kena ingat masa pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, pihak yang membuat kacau adalah UMNO, daripada sebelum itu lagi apabila kalah, yang buat kacau itu UMNO juga.

“Jadi (kini) yang menarik sokongan ini ialah UMNO. Inilah realiti UMNO yang tidak menghormati perjanjian yang rakus dalam merebut kuasa dan kita harap penyelesaian terbaik yang akan dicapai,” katanya.

Kemelut politik Sabah bermula apabila Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan UMNO-Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Situasi itu berlanjutan apabila Hajiji mendakwa masih mendapat sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala Bung Moktar meneruskan usahanya untuk menumbangkan kerajaan GRS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.