Kapasiti bekalan air Sabah akan terus dipertingkat-Shahelmey

Kapasiti bekalan air Sabah akan terus dipertingkat-Shahelmey

SHAHELMEY Yahya (empat kanan) semasa melawat loji rawatan air Moyog di Penampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus menambah kapasiti pengeluaran air di Sabah bagi memastikan masalah ketiadaan bekalan air akan dapat diatasi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, pada masa ini kapasiti pengeluaran air di dua loji rawatan air di Penampang adalah 235 juta liter sehari (MLD) namun, permintaan sekitar 250 MLD.

Namun, jika mengambil kira kehilangan bekalan air akibat air tidak berhasil (NRW), hanya 60 peratus sahaja bekalan air yang sampai kepada pengguna di rumah.

“Jadi, kita mengalami defisit dan sebab itu saya cadangkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan juga Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah menyediakan kertas Kabinet bagi menambah kapasiti pengeluaran air menerusi loji rawatan air sedia ada.

“Kita akan membina urgent water supply scheme (UWSS) yang berkapasiti lima juta liter air sehari sebagai tambahan kepada pengeluaran air terawat untuk daerah Putatan dan Kota Kinabalu.

“Walau bagaimanapun, pembinaan UWSS ini akan mengambil masa enam hingga 18 bulan untuk disiapkan,” katanya selepas lawatan ke loji rawatan air Moyog, Penampang semalam.

Shahelmey, yang juga Menteri Kerja Raya itu berkata, kerajaan juga sedang dalam peringkat akhir kajian bagi membina Empangan Papar yang merupakan penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi masalah air di pantai barat Sabah.

Empangan yang berkapasiti 1,000 MLD itu dilihat antara penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah ketiadaan bekalan air.

Beliau berkata, apabila kajian itu siap, kerajaan akan meneliti sama ada kajian kemungkinan yang dilakukan membolehkan pembinaan empangan itu diteruskan atau sebaliknya.

“Kalau kajian kemungkinan belum siap maka, kita tidak boleh buat keputusan tanpa sebarang justifikasi. Kajian itu dijangka siap pada suku ketiga tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mahu JANS berusaha mengurangkan kadar NRW kepada satu skala yang memberi impak kepada bekalan air yang diterima oleh pengguna.

Di kawasan bandaraya ini, JANS menyasarkan untuk menurunkan kadar NRW sehingga 10 MLD atau di bawah 25 peratus.

Tambah beliau, NRW bukan hanya disebabkan oleh kebocoran paip tetapi juga, disebabkan oleh penyambungan air secara haram yang kini menyumbang tujuh peratus daripada NRW di Kota Kinabalu.

Ends.

180123-Sbh-shahelmeyAir

SHAHELMEY Yahya (empat kanan) semasa melawat loji rawatan air Moyog di Penampang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya