Kapal hilang : Maritim Malaysia minta bantuan Interpol

Kapal hilang : Maritim Malaysia minta bantuan Interpol

Kapal MV Dai Cat 06
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan membabitkan kapal MV Dai Cat 06  oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) masih diklasifikasikan sebagai hilang.

Sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, meskipun pencarian telah ditamatkan oleh oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia pada minggu lalu namun Maritim Malaysia akan meneruskan pencarian dengan melihat segala kemungkinan yang ada.

“Siasatan kapal itu masih diklasifikasikan sebagai hilang. Setakat ini, belum lagi diklasifikasi sebagai hilang dengan unsur jenayah,” katanya secara ringkas di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata sumber itu, Maritim Malaysia juga ada berhubung dengan pihak berkuasa di negara jiran selain Polis Antarabangsa (Interpol) dalam usaha mencari kapal berkenaan.

“Pertukaran maklumat ini diperlukan memandangkan ada warganegara Indonesia yang turut dilaporkan hilang dalam kejadian ini,” jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, tumpuan siasatan Maritim Malaysia berhubung kehilangan kapal MV Dai Cat 06 menjurus kepada beberapa faktor termasuk sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah.

Lapor Utusan Malaysia, siasatan itu dimulakan sejak hari pertama kejadian berkenaan dilaporkan dengan melihat pelbagai sudut.

Antara penelitian yang dilakukan termasuk mengenal pasti keadaan kapal itu ketika kali pertama berlepas dari Pelabuhan Lumut, Perak pada 24 Disember.

Selain itu, keterangan beberapa pihak juga diambil bagi memastikan apakah kapal itu berada dalam keadaan baik ketika berlepas dan sistem perhubungan yang digunakan kapal berkenaan ketika berlayar juga akan diteliti adakah menepati spesifikasi yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

Kecekapan anak kapal atau kru yang mengemudi kapal kargo itu juga diteliti.

Untuk rekod, syarikat kapal berkenaan dikatakan milik tempatan dan kapal berdaftar di Kuching, Sarawak manakala nakhoda kapal dikenali sebagai Adi, 43, berasal dari Indonesia.

Jurutera kanan kapal juga adalah warga Indonesia iaitu Damai Papane Ole, 57, manakala ketua operasi kapal ialah Mohammad Syafarizan.

Dua lagi warga tempatan ialah Mohammad Sudeh Sudin, berusia 20 tahun dan Derrent Littor, 22. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya