Kami tiada konflik, okey sahaja dengan Mas Idayu - Naim Daniel

Kami tiada konflik, okey sahaja dengan Mas Idayu – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Naim Daniel, 25, memohon agar tindakannya dan Sissy Iman yang enggan meminta juri tetap Famili Duo, Mas Idayu memberikan komen terhadap persembahan mereka pada persaingan Separuh Akhir, malam tadi tidak disensasikan mana-mana pihak.

Kata Naim, perkara tersebut tidak wajar dijadikan spekulasi oleh orang luar dan perlu dilihat dari sudut positif untuk kebaikan kedua-dua pihak.

“Naratif yang mengatakan wujud konflik antara kami dengan Mas Idayu adalah silap. Kami cuma mahu berikan persembahan terbaik dan menyerahkan kepada juri untuk menilai.

“Alhamdulillah, walaupun tidak melontarkan sebarang komen, Mas Idayu tetap menjalankan tugasnya apabila memberikan markah terhadap persembahan kami.

“Fokus kami adalah untuk memberikan yang terbaik dan teruskan perancangan yang telah disusun pada peringkat akhir nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mas Idayu pada pusingan Separuh Akhir, malam tadi mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen terhadap persembahan Naim dan Sissy.

Bagaimanapun, penyanyi dangdut itu tetap menilai dengan memberikan lapan markah bagi persembahan pasangan duo berkenaan yang membawakan lagu Pening nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Ezlynn.

Terdahulu, Mas Idayu menerima kecaman netizen selepas memberikan komen pedas terhadap persembahan pasangan berkenaan pada minggu keenam persaingan.

Naim juga mengesahkan, tidak timbul sebarang konflik antara mereka dengan penyanyi tersebut.

“Tidak timbul sebarang isu, malah hubungan kami dengan dia okey. Industri seni kita kecil, ke mana kita pergi tetap akan bersua muka.

“Apa yang berlaku adalah di luar kawalan kami. Baik atau buruk, orang akan tetap memperkatakan tentangnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Naim dan Sissy membuat kejutan selepas diumumkan layak ke pentas akhir Famili Duo yang akan berlangsung, Ahad ini.

Turut layak adalah pasangan adik-beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, Bella Astillah dan Wani Kayrie serta Ayda dan Fyna Jebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya