JPKKP dicadang wujud di negeri tidak sealiran Kerajaan Persekutuan - Utusan Malaysia

JPKKP dicadang wujud di negeri tidak sealiran Kerajaan Persekutuan

SUASANA orang ramai mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) akan ditubuhkan dicadangkan bagi negeri-negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi negeri yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga dicadang ditubuhkan.

“Keanggotaan ahli JPKK, JPKKP yang dibentuk dicadangkan mengambil kira komposisi parti komponen Kerajaan Perpaduan sebagai menyokong prinsip sealiran dalam Kerajaan Persekutuan.

“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad berkaitan dasar pelaksanaan JPKK dan JPKKP adalah bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri. Saya sendiri akan membentangkan perkara ini kepada Jemaah Menteri dengan kadar segera,” katanya dalam ucapan pengulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini hari ini.

Dalam pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta di peringkat akar umbi UMNO perlu menyusun dan mempersiap cadangan anggota JPKK dan JPKKP bagi mempercepat proses pelantikan sejurus selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

“Perbincangan segera perlu dibuat dengan rakan-rakan daripada parti Kerajaan Perpaduan di peringkat akar umbi, dalam membentuk JPKK, JPKKP bagi menterjemahkan perpaduan dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.