Jemaah Menteri baharu Sabah tidak gambarkan kerajaan perpaduan - Shafie

Jemaah Menteri baharu Sabah tidak gambarkan kerajaan perpaduan – Shafie

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) menyifatkan tindakan Datuk Seri Hajiji Noor menubuhkan barisan Kabinet baharu telah melanggar persetujuan dan kesepakatan yang telah dicapai dalam rundingan bersama Perdana Menteri.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan itu telah membelakangkan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada semua parti.

“Persetujuan dan kesepakatan telah dicapai untuk menubuhkan satu kerajaan perpaduan di Sabah yang terdiri daripada semua parti yang mengganggotai kerajaan di peringkat persekutuan.

“Ia dilihat akan dapat mengatasi kemelut politik di Sabah dan seterusnya memantapkan pemerintahan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Warisan telah memberi sokongan penuh kepada saranan Anwar pada Isnin untuk pembentukan sebuah kerajaan perpaduan di Sabah.

Beliau berkata, saranan itu juga mendapat persetujuan dan sokongan daripada UMNO dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang turut hadir pada pertemuan itu.

Justeru, Warisan menggesa Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk merungkai butiran-butiran berkaitan kepimpinan kerajaan perpaduan Sabah yang bertujuan untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Mohd.Shafie berkata, majlis angkat sumpah ahli Jemaah Menteri baharu semalam telah berlangsung walaupun ia tidak menggambarkan kerajaan perpaduan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya