Jawatankuasa Sosial, badan selia isu, hak kanak-kanak

Jawatankuasa Sosial, badan selia isu, hak kanak-kanak

JAWATANKUASA Sosial ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Sosial yang akan ditubuhkan kelak diberikan kuasa yang boleh bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak.

Pengerusinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memperhalusi penubuhan jawatankuasa ini secepat mungkin kerana ia turut melibatkan isu terkait dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Saya melihat pelantikan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan.

“Malah, terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian kita,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, antara isu yang bakal ditangani segera jawatankuasa ini termasuk permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing.

Jelasnya lagi, ini juga merupakan satu lagi usaha di bawah Kerajaan Perpaduan yang prihatin untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang tidak sah taraf.

Ahmad Zahid berkata, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan memutuskan mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah Suruhanjaya itu bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan dan masalah-masalah sosial yang lain melibatkan kanak-kanak.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet hari ini, Anwar turut melantik Ahmad Zahid untuk mempengerusikan Jawatankuasa Sosial itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya