Jangkitan Covid-19 tahap empat, Siti Rosmizah kritikal

Jangkitan Covid-19 tahap empat, Siti Rosmizah kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit drama dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan selepas dijangkiti Covid-19 dilaporkan kritikal.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan Penerbit Eksekutif SR One Sdn. Bhd., Syed Muhamad Izzudin Syed Akil dalam satu hantaran menerusi Instagram.

Dalam perkongsian itu, Syed memaklumkan, virus tersebut sudah merebak ke tahap empat dan berharap semua pihak mendoakan Siti Rosmizah supaya terus kuat melawan sakit itu.

“Assalamualaikum, berita sedih yang kami terima. Covid-19 Kak Siti sudah naik ke tahap empat.

“Sama-sama kita berdoa semoga Kak Siti diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk terus berjuang melawan sakit ini. Beliau kritikal,” katanya.

Terdahulu, Syed memaklumkan, Rosmizah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan Covid-19 menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Rosmizah terkenal dengan karya seperti 7 Hari Mencintaiku dan Jangan Menangis Cinta yang mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya