Jangan ada lagi campur tangan daripada pusat-Jin Zhe

Jangan ada lagi campur tangan daripada pusat-Jin Zhe

PHOONG Jin Zhe (kanan) bersama Christina Liew (tengah) dan James Ratib semasa mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jangan ada lagi campur tangan dari pimpinan Pusat dalam menyelesaikan kemelut politik Sabah.

Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe berkata, rakyat mahukan pengakhiran kepada kemelut politik yang berlaku di Sabah. Keputusan ini mungkin kurang memuaskan bagi pihak tertentu tapi, kerajaan ini pun dianggap Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu harus dihormati dan dengan sokongan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH), Sabah akan terus stabil.

Katanya, Kabinet Negeri yang dibentuk ini bersifat lebih inklusif kerana ada juga barisan menteri dari kaum Cina.

ADUN Luyang itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan untuk memberi sokongan kepada Hajiji untuk terus memimpin Sabah.

Beliau berkata, lantikan itu adalah satu cabaran yang harus dipikul untuk terus bekerja keras dalam memastikan ekonomi negeri Sabah terus membangun.

“Saya kerja melipatgandakan usaha bagi memastikan saya dapat membawa perubahan dalam kementerian ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah di Istana Negeri hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, beliau diamanahkan untuk mengendalikan semula kementerian yang sama dan sudah pasti beliau mahu membawa masuk lebih banyak pelancong ke Sabah.

Selepas pandemik Covid-19, sektor pelancongan agak perlahan namun, ia dijangka akan kembali meningkat.

Bagi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, pengalaman sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan selama dua tahun ini boleh membantunya dalam melaksanakan tugas dalam kementerian baharu ini.

Katanya, beliau akan terus memberi fokus untuk pembangunan kepada negeri Sabah yang masih mempunyai kadar kemiskinan tegar. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya