Jamal dakwa ‘ada orang’ bayar perwakilan teriak ‘boo’ - Utusan Malaysia

Jamal dakwa ‘ada orang’ bayar perwakilan teriak ‘boo’

JAMAL Md Yunos bercakap pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa perwakilan yang melaungkan teriakan ‘boo’ dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2022 semalam, diupah oleh seorang pemimpin parti.

Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendakwa, perkara itu diakui beberapa penyokong yang ditemuinya selepas persidangan hari pertama itu selesai, petang semalam.

“Saya tahu kalau tak ada bayaran, ia tak berlaku (sebab) semalam selepas pukul 6.30 petang saya jumpa yang (teriak) ‘boo’ dia kata nak buat macam mana kami dibayar. Dimaklumkan juga, lagi kuat suara mereka ‘boo’ lagi banyak dapat bayaran itu.

“Memang saya tak nampak ada orang bayar, tetapi yang ‘boo’ semalam mengaku selepas saya jumpa mereka, sampai RM300 seorang dibayar, ingat RM50 sahaja, rupanya nilainya lagi mahal dari itu,” dakwanya dalam satu sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Justeru Jamal berkata, beliau tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Semalam, Utusan Online melaporkan, Perhimpunan Agung UMNO 2022 kecoh seketika apabila terdapat perwakilan tidak berpuas hati terhadap usul tambahan yang meminta agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Menurut sumber, usul yang dikemukakan oleh UMNO Negeri Sembilan telah disambut teriakan ‘boo’ oleh para perwakilan di dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Malah usul tersebut telah disokong oleh Bahagian UMNO Marang kemudian menerima sorakan yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya