Jakim perlu dapatkan bantuan pakar berkenaan status halal

Jakim perlu dapatkan bantuan pakar tempatan berkenaan status halal

Kepakaran diperlukan bagi menentukan kesahihan halal sesuatu produk - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), digesa mendapatkan pakar berkaitan teknologi pengesahan halal daripada universiti tempatan dan tidak ambil mudah dakwaan dan status halal produk makanan terutamanya melibatkan makanan untuk kanak-kanak.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, agensi terbabit sebaiknya perlu mengkaji dengan lebih teliti dan mendalam tentang isu status halal bagi setiap produk makanan bagi mengelakkan kekeliruan di antara pengguna berlaku.

Katanya, jabatan itu harus sentiasa melakukan penambaihkan dari sudut keperluan pengguna kerana jika gagal dilaksanakan, ia boleh membawa kesan yang lebih buruk pada masa hadapan.
“Ini bukan kali pertama isu status halal dibangkitkan, sudah banyak kali berlaku, contohnya kita boleh lihat kes status halal Cadbury terdahulu, Jakim cakap lain, pihak lain kata sebaliknya pula, tetapi pada akhir­nya yang jadi mangsa adalah pengguna.

“Cadangan saya, kita melantik mana-mana pakar dari universiti untuk membantu dalam melakukan ujian status halal secara terperinci, dan mereka sekaligus boleh beri input tambahan dalam mendapatkan status sah halal bagi setiap produk makanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya terdapat empat produk makanan import dengan logo halal dari luar negara yang diiktiraf Jakim didakwa mempunyai gela­tin babi.

Beliau juga berpendapat Jakim perlu mengubah prosedur pengesahan halal supaya mereka tidak hanya bergantung kepada satu jabatan sahaja jika keputusan halal yang dikeluarkan bertentangan.

“Bagi saya, Jakim perlu ubah prosedur mereka, kita perlu lindungi pengguna, dan nak dapatkan status halal ini bukan sesuatu yang mudah, jadi kita memerlukan kerjasama dengan badan tertentu untuk analisis jika setiap kandungan makanan terdapat Asid deoksiribonukleik (DNA) babi atau tidak.

“Sudah tiba masanya kita lantik pakar-pakar seperti saintis dan ahli kimia dari makmal swasta untuk membantu jika ada kes aduan melibatkan halal, kerana kes seperti ini sudah lama berlarutan dan kerap berulang, sampai apabila mahu berada dalam takuk yang lama,” katanya.

Ditanya jika Jakim perlu dirombak atau tidak, Nadzim menjelaskan ia lebih baik jika dilihat terlebih dahulu jika ada sebarang perubahan daripada Jakim berhubung isu ini.

“Saya sarankan sediakan satu pusat atau aplikasi bagi membolehkan pengguna mempunyai akses untuk menyemak atau membuat analisis kandungan makanan tertentu yang mereka ingin makan. Ini kadang kala, orang ramai pergi semak dan hantar pun, tidak terbuat analisis itu.

“Dengan adanya aplikasi itu, ia lebih mudah untuk mereka tahu apa yang boleh dimakan atau tidak selain boleh mengelakkan mereka daripada terambil makanan yang tidak boleh dimakan sebagai umat Islam,” katanya.

Sementara itu sebuah lagi NGO berharap supaya Jakim mengubah prosedur pengesahan halal iaitu tidak hanya bergantung kepada keputusan jabatan berautoriti semata-mata jika terdapat percanggahan berkaitan status halal sesuatu produk.

Presiden Pertubuhan Kema­syarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata, perubahan prosedur perlu le­bih-lebih lagi terdapat aduan daripada makmal yang mempunyai kredibiliti dalam membuat semakan halal sekali gus mampu menyokong pengesahan setiap produk agar benar-benar bebas daripada unsur babi.

Beliau berkata, jika polisi sedemikian iaitu setiap semakan aduan kes hanya menerima keputusan analisis dari makmal jabatan kerajaan yang mengatasi semua hasil analisis makmal lain, maka polisi itu perlu diubah termasuk sekiranya terdapat dalam undang-undang atau akta berkaitan.

“Kita tahu jabatan berkenaan bukan hanya menyemak status halal produk tetapi menganalisis bermacam-macam kes se­perti forensik dan jenayah yang memerlukan ujian makmal. Jadi sudah tentu mereka mempu­nyai bebanan tugas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.