Jakel terbakar lagi, libatkan stor simpanan langsir - Utusan Malaysia

Jakel terbakar lagi, libatkan stor simpanan langsir

Jakel terbakar
PASUKAN bomba menjalankan kerja pemadaman api dekat sebuah stor simpanan langsir milik Jakel yang terbakar dalam satu kejadian kebakaran berulang dekat Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Stor simpanan kain langsir tingkat tiga dekat Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini terbakar dalam satu kejadian dekat bangunan lot kedai tiga tingkat itu malam tadi.

Kejadian tersebut kembali berulang selepas keseluruhan lot kedai gedung tekstil cawangan Jakel itu hangus dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.40 tengah malam tadi sebelum mengerahkan 10 jentera bersama 43 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 12 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 1,200 kaki persegi di tingkat tiga dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh bomba. Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pada pukul 1.45 pagi.

“Kebakaran berjaya dipadam pada pukul 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh bomba. Bagaimanapun tiada mangsa tercedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, sebanyak tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi pemadaman itu iaitu  Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Damansara, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Raja.

Terdahulu, pada hari pertama kebakaran Jakel, sepasukan penyelamat dari tujuh BBP di kerah bagi operasi memadam kebakaran yang memusnahkan pusat jualan kain dan pakaian terkenal Jalan Plumbum itu.

Kebakaran kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan lot tiga tingkat premis pakaian terkemuka berkenaan. Seramai 38 anggota termasuk pegawai bersama tujuh jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya