Jakel anggar kerugian awal hampir RM100 juta - Utusan Malaysia

Jakel anggar kerugian awal hampir RM100 juta

Jakel terbakar
BANGUNAN komersial ikonik di Seksyen 7 milik Jakel hangus terbakar dalam kejadian pada awal pagi semalam di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih RM100 juta kerugian terpaksa ditanggung oleh perniagaan kain dan pakaian terkenal, Jakel apabila salah satu cawangannya Wisma Jakel dekat Seksyen 7 di sini hangus terbakar dalam satu kejadian pada awal pagi tadi.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, hampir RM100 juta kerugian bagi bangunan lot kedai tiga tingkat yang musnah dalam kebakaran tersebut sebelum mengambil kira kain dan pakaian hangus.

“Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 buah rumah kedai dan lima buah rumah kedai lima tingkat. Kebakaran dipercayai bermula di tingkat satu, iaitu bahagian pakaian lelaki tapi punca sebenar kebakaran masih belum diketahui,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mohamed Faroz berkata, beliau hanya mengetahui kejadian ini selepas adik menghubunginya pada pagi tadi. Namun, mereka sekeluarga reda dengan tragedi dan menganggapnya sebagai ujian yang perlu ditempuhi.

“Cawangan sini mampu memberi keuntungan kira-kira RM300 juta setahun kepada syarikat, hampir setiap tahun. Kita akan cuba sewa kedai lain di sini secepat mungkin, memandangkan bulan Ramadan pun dah tak lama dah,” ujarnya.

Terdahulu, pasukan dari tujuh balai bomba dikerah bagi operasi memadam kebakaran yang memusnahkan Wisma Jakel di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini, pagi tadi.

Kebakaran kira-kira pukul 7 pagi itu melibatkan lot tiga tingkat premis pakaian terkemuka berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 38 anggota termasuk pegawai bersama tujuh jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 pagi.

Katanya, kesemua anggota terlibat melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya