Isu rasuah PRU15: Buktikan dahulu di mahkamah - Fadillah

Isu rasuah PRU15: Buktikan dahulu di mahkamah – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Jangan hanya sekadar cakap (wujud amalan rasuah), buktikan dahulu di mahkamah,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan pilihan raya umum pada November lalu sebagai ‘yang paling korup’.

Untuk itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU15 lalu supaya memfailkan dakwaan rasuah itu di mahkamah.

Menurutnya, pihak berkenaan boleh membawa bersama bukti dakwaan bahawa PRU itu patut dibatalkan disebabkan ada amalan rasuah.

“Dalam proses pilihan raya Malaysia, kalau mereka dapat buktikan, mereka boleh failkan di mahkamah. Ini prosedurnya dan ikutilah.

“Tapi kalau sekadar cakap, saya kira mungkin ramai yang boleh cakap, tapi nak bawa ke mahkamah itu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan segala peraturan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Amanat Tahun Baharu Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Katanya, kerajaan juga mempunyai agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan yang boleh melaksanakan tugas dan peranan mereka.

Fadillah berkata, beliau meletakkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk melaksanakan tugas masing-masing dan membawa individu terbabit ke muka pengadilan jika wujud bukti amalan rasuah itu.

Semalam, Dr. Mahathir menerusi laman sosialnya semalam mahu agensi berkaitan melakukan siasatan terperinci berhubung sumber dana parti yang bertanding pada PRU15 lalu termasuk calon atau parti yang berbelanja mewah.

Dr. Mahathir turut menggesa supaya had dikenakan terhadap perbelanjaan parti politik ketika pilihan raya bagi mengekang amalan rasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya