Isu ayam, telur tidak selesai, MAFS peroleh markah tercorot

Isu ayam, telur tidak selesai, MAFS peroleh markah tercorot

MOHAMAD Sabu ketika hadir pada Majlis Amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama warga MAFS 2023 di Wisma Tani, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memperoleh markah tercorot berdasarkan pandangan awam seperti didedahkan sesi pemukiman Jemaah Menteri semalam.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, markah tercorot itu didedahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada sesi berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pandangan orang awam itu kerana masalah bekalan telur termasuk ayam sudah menjadi tumpuan negara sejak setahun lalu.

“Masalah ayam dan telur telah berlaku selama setahun dan bukan berlaku selepas kita (Kerajaan Perpaduan) ambil negara sejak Disember lalu.

“Malah, markah (tercorot) itu bersambung sejak kepimpinan lalu sehingga ke hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 MAFS, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya akan cuba mengatasi isu berkenaan dan buat masa ini bekalan ayam sudah stabil, manakala telur pula dijangka dapat distabilkan tidak lama lagi.

Mohamad berkata, beliau tidak boleh marah jika rakyat membuat rungutan kerana itu hak mereka dan sebagai kerajaan perlu bertindak cepat untuk menstabilkan bekalan berkenaan.

Menurutnya, ketika ini, isu kekurangan bekalan dan keterjaminan makanan bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, sebaliknya di seluruh dunia.

Pada masa sama, katanya, pihaknya kini sedang berbincang dengan penternak-penternak telur berkait soal subsidi sama ada ia akan disusun semula, diteruskan atau diubah cara supaya bekalan dapat distabilkan.

“Ada pandangan supaya harga telur diapungkan dan subsidi harga telur diberikan kepada golongan B40. Kita akan kaji perkara itu sama ada ia baik atau tidak untuk golongan berkenaan.

“Soal menyusun semula subsidi juga perlu dibincang oleh beberapa kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.