Isteri wartawan Pakistan fail habeas corpus di Malaysia

Isteri wartawan Pakistan fail habeas corpus di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada wartawan Pakistan, Syed Fawad Ali Shah memfailkan habeas corpus di Malaysia supaya kes kehilangannya dihadapkan di mahkamah.

Ini setelah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Fawad telah dihantar pulang pada Ogos tahun lalu atas permintaan kerajaan Pakistan.

Permohonan writ itu difailkan oleh Syeda melalui peguam caranya, S. Karthigesan dan R. Kengadharan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Writ itu menamakan kerajaan, bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ini termasuk kerajaan Pakistan, wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur, Thomas Albrecht, seorang timbalan penguasa yang hanya dikenali sebagai Kanden, dan Saifuddin Nasution.

Syeda yang dinamakan plaintif pertama manakala Fawad dinamakan plaintif kedua meminta pihak berkuasa supaya menghantar suaminya pulang ke Malaysia.

Mereka juga memohon injunksi interlokutori terhadap kerajaan atas tindakan mengusir Fawad dari Malaysia sehingga perintah selanjutnya oleh mahkamah selain meminta perintah interim kekal di Malaysia sehingga kes selesai.

Peguam Syeda juga telah mengesahkan bahawa suaminya telah dihantar pulang ke Pakistan selepas tempoh visanya tamat pada 16 Januari lalu.

“Keutamaan di sini ialah keselamatannya. Kami difahamkan bahawa kerajaan Pakistan telah cuba menghubungi Syeda di kediamannya di sana,” kata Karthigesan.

Plaintif juga telah meminta mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa defendan telah melakukan pelanggaran hak asasi manusia berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka juga mendakwa bahawa defendan telah melakukan jenayah di bawah Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang daripada Kehilangan Paksa serta mendakwa Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan kebebasan asas lain telah dilanggar.

Syed Fawad, 41, menerima suaka di Malaysia atas dakwaan penganiayaan di Pakistan berikutan artikel yang diterbitkan dalam beberapa akhbar harian Inggeris mendedahkan mengenai rasuah melibatkan pegawai kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.