Isham enggan layan kekecewaan dalam PRU15 - Utusan Malaysia

Isham enggan layan kekecewaan dalam PRU15

Isham PRU15
HIZATUL Isham Jalil (empat, kanan) bergambar bersama ahli UMNO Bahagian Shah Alam dalam satu pertemuannya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Calon Parlimen Shah Alam bagi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Hizatul Isham Jalil nekad bantu calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan itu biarpun beliau sendiri tewas pada November lalu.

Isham yang juga Ketua Penerangan UMNO baru berkata, beliau tekad bantu calon untuk memenangi kawasan Kota Anggerik serta Batu Tiga dan bersyukur kerana dapat kembali bersama jentera UMNO Bahagian Shah Alam.

“Selepas PRU15 saya tidak sempat berehat selepas berkempen selama dua minggu. Selepas dilantik pada 20 November lalu saya meneruskan kerja sebagai Ketua Penerangan UMNO dan hanya selepas lima minggu PRU15 berakhir barulah saya dapat kembali ke sini.

“Setelah dilantik sebagai ketua penerangan saya juga telah pergi ke beberapa negeri yang bakal terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini. Selangor atau Shah Alam termasuk dalam senarai tersebut,” katanya.

Beliau menambah, walaupun tewas pada PRU15 dan dianggap sebagai masih berada dalam mood kecewa, ia bukanlah penghalang beliau fokus melunaskan tanggungjawab untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan pelantikan Isham sebagai Ketua Penerangan UMNO baharu berkuatkuasa 20 November lalu menggantikan Shahril Sufian Hamdan yang meletakkan jawatan.

Dalam  pada itu, beliau memaklumkan enggan melayan kekecewaan akibat kalah pada PRU15 dan bersedia untuk berbincang untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi tujuan tersebut.

“Apa yang pasti, mungkin PRN untuk tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang akan diadakan terlebih dahulu.

“Diikuti oleh PRN di bawah Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Apa pun keadaannya kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana kerajaan negeri terlibat yang boleh memutuskan bila PRN akan diadakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya