IPD Miri catat penurunan kes jenayah

IPD Miri catat penurunan kes jenayah

PERHIMPUNAN bulanan IPD Miri, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mencatatkan penurunan kes jenayah sebanyak 51 peratus sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun 2022.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu berkata secara kadar jenayah dan keselamatan di daerah Miri adalah terkawal.

“Tempoh tahun 2022, PDRM IPD Miri berjaya mencatatkan penurunan jenayah indeks sebanyak 51% pengurangan iaitu bersamaan dengan 292 kes.

“Berbanding dari jumlah 569 kes bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 kepada 277 kes bagi tempoh Januari hingga Disember 2022,” tambahnya.

Pada masa yang sama, tangkapan kepada penyalahgunaan dadah turut menunjukkan peningkatan dari tahun 2021 dan tahun 2022.

“Seramai 563 orang tangkapan dilakukan bagi tempoh Januari sehingga Disember 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, tahun 2022 iaitu seramai 849 tangkapan.

“Peningkatan ini menunjukkan sebanyak 50.7% orang ditangkap. Ini membuktikan kesungguhan PDRM IPD Miri memerangi isu dadah yang menjadi musuh nombor satu negara,” tambahnya .

Beliau berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di sini hari ini.

Justeru itu beliau yakin, kejayaan tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa komitmen dan sokongan padu berterusan dari semua pegawai dan anggota yang menghayati tanggungjawab dan peranan masing-masing.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN