Indonesia sahabat sejati - Anwar - Utusan Malaysia

Indonesia sahabat sejati – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: “Dalam keadaan saya terlempar, terbuang, tersisih, Indonesia itu terima saya sebagai sahabat sejati”.

Demikian tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya seorang wartawan Indonesia mengapa memilih negara ini untuk lawatan pertama ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, November lalu.

Kata-kata Perdana Menteri itu merujuk kepada keberadaan beliau yang pernah melalui pelbagai liku hidup sebagai seorang ahli poliitik dan pejuang reformasi suatu ketika dahulu.

Menurut beliau, selain itu, Indonesia merupakan negara jiran, serumpun dan satu manifestasi persahabatan dua negara serumpun.

ANWAR Ibrahim bersama isteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sempena lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia, semalam.- PEJABAT PERDANA MENTERI

“(Indonesia) itu sahabat sejati,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat-syarikat Malaysia dan Indonesia serta penyerahan 11 pucuk Surat Minat (LOI) oleh syarikat-syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan Ibu Kota Nusantara (IKN) yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan Indonesia.

Majlis yang diadakan di Hotel Grand Hyatt Jakarta itu dihadiri Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi serta Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Indonesia, Basuki Hadimuljono.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Kadir.

Anwar dalam rangka lawatan dua hari ke Indonesia bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Bogor, esok.

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata, atas sebab-sebab yang dinyatakannya itu, ia menjadi keutamaannya dalam hubungan dua hala dengan Indonesia.

Ditanya pertemuan dengan Jokowi esok, jelasnya, ada 12 perkara yang akan dibawanya dalam pertemuan itu.

“Insya-Allah esok jumpa sama (Presiden) Jokowi. Ada 12 perkara, akan saya perincikan nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.