Indek Rasuah Malaysia merosot

Indek Rasuah Malaysia merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terdapat beberapa kemungkinan telah menyumbang kepada kemerosotan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun lalu merosot kepada 47 mata.

Transparency International-Malaysia (TI-M) berkata, antara penyumbang kemerosotan itu adalah tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan terdahulu dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan amalan Hak Asasi Manusia di Malaysia. 

Sebagai contoh, Akta Pembiayaan Politik yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen oleh dua kerajaan sebelum ini masih belum dapat dilaksanakan. 

“Selain itu, draf RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dikemaskini ke versi yang tidak efektif yang dinamakan semula sebagai RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

“Kematian dalam tahanan secara tragis masih berlaku dalam lokap polis walaupun selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dijalankan pada tahun 2015,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah TI-M lagi, kurangnya kemahuan politik untuk mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi institusi anti-rasuah yang bebas dan berkesan serta dipertanggungjawabkan secara langsung kepada Parlimen meskipun masyarakat telah menyeru pembaharuan ini sejak 2015 menjadi salah satu faktor kemerosotan.

Jelas kenyataan itu, tafsiran yang terlalu luas mengenai Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan kurangnya ketelusan dalam hal kepentingan awam seperti kontrak rundingan secara langsung. 

“Bukan itu sahaja, projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) berjumlah RM9 bilion oleh Kementerian Pertahanan yang sedang berjalan adalah contoh tipikal pemerintahan yang lemah dalam perolehan awam.

“Tindakan ini menunjukkan kekurangan penawaran yang kompetitif, pendedahan maklumat yang terhad, pengawasan kewangan yang lemah dan kegagalan untuk bertindak terhadap ‘red flags’,” jelasnya.

Dalam pada itu, keputusan pengadilan di mana mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) individu tertentu yang didakwa dalam kes rasuah berprofil tinggi berkemungkinan menimbulkan persepsi negatif tentang perjalanan proses undang-undang di Malaysia. 

Jelas kenyataan itu, pelaksanaan yang lemah dan kekurangan hasil yang dapat diukur daripada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dilancarkan pada tahun 2019 sebagai pelan 5 tahun dengan inisiatif dan sasaran yang jelas untuk menangani rasuah, terutamanya di sektor awam. 

“Memandangkan kejayaan NACP terletak pada pelaksanaannya, TI-M berulang kali meminta agar penjawat awam bertanggungjawab sepenuhnya atas hal ini.  Malangnya, dengan NACP yang akan berakhir tahun ini, kami melihat hasil yang sangat terhad,” ujar kenyataan itu.

Tambah TI-M, teguran yang berterusan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara mengenai salah laku dan tadbir urus yang lemah oleh pegawai kerajaan.

“Yang merisaukan adalah teguran ini nampaknya berlaku berulang kali dan tetap tiada tindakan diambil, dan ini akan mewujudkan budaya kekebalan dalam perkhidmatan awam.

“Oleh itu, penting untuk penggubal undang-undang kita menyokong pindaan Akta SPRM untuk memasukkan peruntukan “Salah Laku Dalam Badan Awam”, untuk memastikan pegawai kerajaan bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan mereka,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan CPI Malaysia tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) terus merosot kepada 47 mata dalam kalangan 180 negara.

Daripada 53 pada 2019, skor negara telah jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya