iKON tinggalkan YG Entertainment

iKON tinggalkan YG Entertainment

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kumpulan K-pop terkenal, iKON memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan pihak pengurusan YG Entertainment selepas tujuh tahun bersama.

Perkembangan itu sekali gus menandakan 2022 adalah tahun terakhir bagi iKON yang dianggotai Kim Jin Hwan, Bobby, Song Yun Hyeong, Koo Jun Hoe, Donghyuk dan Chanwoo bersama pengurusan tersebut.

“Setelah mengadakan perbincangan yang panjang dan penuh teliti, iKON dan pihak kami memutuskan untuk menamatkan kontrak serta menghormati pandangan antara satu sama lain.

“Kami mengucapkan terima kasih dan menyatakan penghargaan kepada iKON kerana pernah bernaung sebagai artis di bawah pengurusan ini. Kami optimis melihat peluang kerjasama di lapangan berbeza pada masa depan,” kata YG menerusi kenyataan akhbar.

Pihak pengurusan tersebut turut menyatakan penghargaan kepada kelab peminat yang memberikan sokongan jitu terhadap karier iKON selama ini.

“Kami juga mahu berterima kasih kepada iKONIC kerana menyokong perjalanan iKON selama ini.

“Kami harap peminat akan terus memberikan sokongan kepada semua anggota iKON yang akan memulakan langkah baharu. Terima kasih,” jelasnya.

Beberapa media Korea Selatan melaporkan ahli kumpulan iKON sedang sibuk berbincang mengenai promosi mereka pada masa depan, termasuk usaha mencari agensi bagi menguruskan karier peribadi masing-masing.

iKON pernah mengeluarkan single My Type pada 2015 sehingga menjadi juara carta di platform digital selama beberapa bulan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.