BUTTERWORTH: Istilah catu makanan, ikat perut adalah perkara biasa bagi pelajar universiti yang menyewa di luar kampus dan menjadi cabaran besar kepada mereka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penuntut tahun dua sarjana jurusan Arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM), Esnita Sonie, 28, berkata, keadaan itu turut disebabkan oleh sebahagian penyewa rumah mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewa kerana tahu penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tiada pilihan yang banyak untuk mencari tempat tinggal.…










