Henti import telur setelah bekalan mencukupi

Henti import telur setelah bekalan mencukupi

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan akan terus mengimport bekalan telur dari luar negara sehingga krisis pengeluaran barangan itu dapat diatasi sepenuhnya.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu berkata, pemberian permit kelulusan (AP) telur ayam itu juga bersifat sementara sehingga pengimportan bekalan itu dihentikan. 

“Import ini ada masa tertentu sahaja, bila stabil nanti kita tidak import lagi. Import ini juga bukan kita bagi permit berpanjangan tetapi sementara sahaja untuk stabilkan telur.

“Sehingga kita mendapat jaminan daripada pengeluar telur tempatan bahawa mereka sudah bersedia untuk keluarkan telur secukupnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Sesi Libat Urus Bersama Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Pengkalan Kundor di sini petang ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bekalan telur ketika ini sudah stabil dengan pemantauan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) termasuk menghantar bekalan ke kawasan yang menghadapi kekurangan telur.

“Pengeluaran (telur) di dalam negara yang saya sebutkan ada yang terjejas oleh beberapa perkara, contohnya syarikat pengeluar tidak cukup pekerja, katakan mereka mampu keluar setengah juta telur tapi disebabkan tidak cukup pekerja mereka hanya boleh keluarkan 300,000 biji telur sebab kekurangan pekerja,” katanya.

Kata Mohamad, pihaknya memberi jaminan bekalan telur serta ayam akan sentiasa ada dalam pasaran cuma harganya akan ditentukan dengan permintaan dan penawaran dalam pasaran dari semasa ke semasa.

“Kerajaan mengambil inisiatif tertentu untuk membantu mereka seperti memudahkan syarikat terbabit mendapatkan pekerja termasuk pekerja asing,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya