Harimau Malaya mendahului skuad Singa 1-0

Harimau Malaya mendahului skuad Singa 1-0

PEMAIN Malaysia meraikan jaringan Darren Lok dalam aksi menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya berjaya mendahului Singapura 1-0 dalam babak pertama permainan pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Skuad Singa yang memiliki kelebihan satu mata setelah mengumpul tujuh mata berbanding Malaysia yang mengutip enam mata lebih berminat untuk mengikat tuan rumah dengan keputusan seri.

Namun, usaha keras anak-anak buah Kim Pan Gon itu akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang kapten, Safawi Rasid berjaya ditanduk kemas penyerang, Darren Lok pada minit ke-35.

Malaysia memperoleh peluang terbuka pada minit ke-8, menerusi bek kiri, V. Ruventhiran yang melakukan rembatan ke pintu gol lawan yang berjaya diselamatkan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny.

Skuad bimbingan Pan Gon kemudiannya melancarkan serangan bertali arus menerusi Faisal Abdul Halim yang melakukan tandukan hasil sepakan sudut, namun, percubaannya itu sedikit tinggi melepasi palang gol skuad Singa pada minit ke-16.

Tonggak sayap negara itu sekali lagi memperoleh peluang selang beberapa saat selepas itu, namun, sepakannya tepat ke dalam dakapan Hassan.

Pasukan pelawat yang dibimbing Takayuki Nishigaya memperoleh peluang terbaik menerusi pemain kelahiran Korea Selatan, Song Ui-yong yang menyaksikan sepakan volinya tersasar dari gawang Malaysia yang dikawal Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-26.

Dalam aksi menentang Singapura itu, pengendali Harimau Malaya, Pan Gon hanya melakukan dua pertukaran apabila membawa masuk Safawi dan Quentin Cheng yang kembali ke dalam kesebelasan utama.

Safawi menggantikan Lee Tuck yang beraksi sewaktu menentang Vietnam, manakala Quentin mengisi kekosongan yang ditinggalkan bek kanan, Azam Azmi yang digantung kerana kad merah.

Kali terakhir Singapura bertemu Malaysia ialah dalam perlawanan persahabatan di laman lawan, Mac lalu, yang menyaksikan skuad kebangsaan tunduk 1-2 di tangan skuad tetangga tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.