Hanya tunggu masa rumah ‘ditelan laut’

Hanya tunggu masa rumah ‘ditelan laut’

SEORANG kanak-kanak duduk sambil termenung di atas batang pokok kelapa yang tumbang akibat hakisan ombak di Pantai Damak, Bachok, Kelantan. - MINGGUAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Lebih 70 penduduk di pesisir Pantai Damak, di sini diselubungi kebimbangan selepas rumah mereka diancam hakisan ombak yang boleh meruntuhkannnya pada bila-bila masa.

Hakisan itu berlaku sejak hujung tahun lalu susulan fenomena air laut pasang besar menyebabkan kawasan pantai semakin ‘hilang’, sekali gus memberi kesan kepada rumah penduduk di situ.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, terdapat rumah yang hanya menunggu masa untuk runtuh dan dihanyutkan arus sekiranya fenomena ombak dan air pasang besar berlaku selepas ini.

Hassan Abdul Rahman, 90, berkata, perasaan bimbang itu menyebabkan dia dan anaknya, Nor Azaha, 52, serta cucu keluar menyelamatkan diri selepas rumahnya bergegar dihempas ombak kuat malam kelmarin.

Katanya, dalam kejadian pukul 11 malam itu, rumahnya turut dimasuki air laut sedalam 0.3 meter.

“Kami mengambil keputusan menumpang di rumah saudara yang terletak di Kampung Kandis. Tindakan itu diambil selepas 10 batang pokok kelapa belakang rumah turut tumbang.

“Selepas semuanya reda, saya mengambil keputusan pulang dan terkejut mendapati hakisan dengan rumah hanya tinggal satu meter sahaja. Ini adalah kali pertama kejadian ini berlaku sepanjang menetap di Pantai Damak,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Nik Sin Nik Lah berkata, kerajaan perlu membina benteng pemecah ombak di sepanjang pantai itu bagi mengurangkan kadar hakisan dan limpahan air laut masuk ke dalam rumah.

Katanya, kebanyakan penduduk menggunakan pelepah daun kelapa kering yang disusun dan diikat pada batang pokok tersebut sebagai usaha menghadang tiupan angin kencang.

“Bagaimanapun, semua itu sudah musnah apabila pokok kelapa telah tumbang. Walaupun air yang masuk ke dalam rumah cepat surut, namun disebabkan kandungannya yang masin ia memberikan kesan tidak baik kepada kami,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.