Hak Sabah, Sarawak dalam MA63 antara perkara perlu diselesaikan segera – Anwar - Utusan Malaysia

Hak Sabah, Sarawak dalam MA63 antara perkara perlu diselesaikan segera – Anwar

ANWAR Ibrahim disambut ketibaan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara perkara utama dan mustahak perlu diselesaikan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, perkara yang termaktub dalam perjanjian itu harus ditepati, begitu juga dengan tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap hak terhakis yang wajar dikembalikan.

“Saya pegang prinsip itu. Saya rasa dengan kesempatan yang diberikan kepada saya, perlu untuk kita berubah secara bersungguh-sungguh bukan sekadar slogan politik, tetapi menunaikan amanah yang dipikul.

“Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan dan semangat perpaduan tidak akan dapat diperoleh sekiranya ada perasaan rakyat yang tergores,” katanya.

Dengan Amanah yang diberikan, Anwar menegaskan bahawa tugas pemimpin itu merawat dan bukan untuk menambah luka.

“Sebab itu saya lihat usaha ini (menyelesaikan tuntutan MA63) sebagai menunaikan satu tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini yang turut dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jelas Anwar, beliau ketika mendengar keluhan Sarawak dan Sabah atau golongan minoriti merasakan mereka tidak berada dalam arus perdana pembangunan negara.

“Ini tidak wajar, maka harus kita rawat (situasi ini),” tambahnya.

Hari ini, Anwar dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang akan turut disertai Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.