Hairy Styles, Wet Leg dominasi pencalonan Brit Awards 2023

Hairy Styles, Wet Leg dominasi pencalonan Brit Awards 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas anggota One Direction, Harry Styles dan kumpulan rock, Wet Leg mendominasi persaingan Brit Awards 2023 apabila dengan masing-masing menerima empat pencalonan.

Styles tercalon dalam empat kategori, termasuk Album Terbaik, Lagu Terbaik, Artis Terbaik dan Artis Pop/R&B Terbaik.

Wet Leg pula bersaing dalam kategori Album Terbaik, Kumpulan Terbaik, Artis Baharu Terbaik dan Kumpulan Rock Alternatif Terbaik.

Antara yang turut tercalon dalam kategori Artis Terbaik adalah George Ezra, Stormzy dan DJ Fred.

Sementara itu, kumpulan k-Pop popular, Blackpink bersaing dalam kategori Artis Berkumpulan Antarabangsa Terbaik.

Kategori Artis Antarabangsa Terbaik pula menyaksikan persaingan sengit nama-nama besar seperti Beyonce Knowles, Taylor Swift dan Lizo.

Brit Awards 2023 akan berlangsung pada 11 Februari ini di O2 Arena, London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya