Gangguan suis punca LRT laluan Kelana Jaya tergendala

Gangguan suis punca LRT laluan Kelana Jaya tergendala

OPERASI LRT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis, petang ini. 

Menurut Rapid Rail Sdn. Bhd., gangguan tersebut menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.

“Kejadian pertama yang berlaku pada pukul 4.24 petang menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Steen KL Sentral dan Pasar Seni. Pasukan teknikal telah berada di lokasi dan kerja-kerja baik pulih telah selesai pada 5.20 petang.

“Gangguan kedua telah berulang di antara Stesen Damai dan Dato’ Keramat pada pukul 5.26 petang. Kakitangan teknikal menjalankan kerja-kerja baik pulih dan memastikan operasi kembali normal.

“Bagi mengurangkan kesesakan di steen, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan di antara Steen KLCC, Ampang Park, Damai, Dato’ Keramat, Jelatek dan Setiawangsa,” katanya dalam kenyataan. 

Rapid Rail Sdn. Bhd. juga menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan masing-masing seta layari media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status perkhidmatan terkini.

Dalam pada itu, menerusi kemas kini terbaharu di laman Twitter @askrapidkl, kekerapan tren sedang diselaraskan dan jadual perjalanan akan kembali normal sebentar lagi. 

“Pihak operasi telah menambah bilangan tren untuk mengurangkan kesesakan di stesen-stesen terlibat. 

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan terima kasih atas kesabaran anda,” ciapnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya