‘Gajah liar tendang adik seperti bola, tutup tubuh adik dengan daun’

‘Gajah liar tendang adik seperti bola, tutup tubuh adik dengan daun’

AHLI keluarga sedang menunggu mayat Andy Yok Manin menjalani bedah siasat untuk dibawa pulang ke Kampung Tual, Pos Sinderut di Lipis, Pahang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Selepas ditendang seperti bola ibarat pertunjukkan sarkas oleh gajah liar, tubuh Andy Yok Manin, 15, yang tidak bernyawa ditutup dengan daun kering oleh haiwan berkenaan.

Abang mangsa, Borhan, 24, berkata, insiden itu disaksikan sendiri oleh rakannya, Apin yang juga menjadi mangsa serangan gajah liar di Kampung Tual, Pos Sinderut di sini semalam.

Ceritanya, sebelum kejadian, dia, adiknya dan Apin sedang merayau-rayau dalam hutan mencari petai dan langsung tidak menyangka akan menempah tragedi tersebut.

“Selepas lima jam berjalan, kami dikejutkan dengan bunyi bising dari arah semak sebelum seekor gajah liar muncul di hadapan secara tiba-tiba.

“Kami lari bertempiaran mencari tempat bersembunyi dan saya sempat melihat Andy terjatuh lalu diterkam gajah liar dan memijaknya berkali-kali,” katanya ketika ditemui di Rumah Rehat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini semalam.

Borhan berkata, melihat keadaan gajah liar itu semakin ganas, dia tidak mampu menolong lalu berlari ke arah sebuah bukit manakala Apin memanjat pokok menyelamatkan diri.

“Kawan saya (Apin) lihat sendiri gajah tersebut menendang adik saya seperti bola macam pertunjukkan sarkas. Haiwan itu kemudiannya menutup tubuh Andy yang tidak bernyawa dengan daun-daun kering.

“Hampir sejam setelah gajah liar itu lari meninggalkan tempat itu, saya dan Apin mendekati mayat Andy yang ditutupi dengan daun dan sudah tidak bernyawa,” katanya.

Selepas itu beliau berkata, dia dan Apin membawa mayat Andy pulang ke rumah yang mengambil masa hampir lima jam perjalanan.

Sementara itu, ibu mangsa, Normah Yok Isa, 47, berkata, ketika kejadian, dia dan suami ke kebun untuk mencari durian sebelum dikejutkan dengan berita yang menimpa anak kelimanya tersebut.

“Sebaik sahaj diberitahu oleh orang kampung, saya dan suami bergegas pulang ke rumah dan terkejut melihat tubuh Andy yang berlumuran darah.

“Biarpun sedih dan tidak menyangka kejadian malang seperti ini berlaku tapi saya dan keluarga reda,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah, Superitenden Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya meneri­ma maklumat pada pukul 4.30 petang daripada Tok Batin Kampung Tual yang menyatakan terdapat kematian seorang lelaki di kampung

tersebut kerana dise­rang gajah. Katanya, serangan gajah liar dipercayai bermula dari Kampung Regang yang menyebabkan haiwan itu dihalau oleh orang kampung. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.