Fatwa larangan ubat cegah HIV belum diputuskan - MAIS - Utusan Malaysia

Fatwa larangan ubat cegah HIV belum diputuskan – MAIS

HIV MAIS
ABDUL Aziz  Mohd. Yusof (tengah) bersama penerima sumbangan dan warga MAIS pada program itu delat Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) belum memutuskan sebarang fatwa berkaitan larangan pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) kepada pasangan homoseksual bagi mencegah HIV di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, perkara itu akan diperincikan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan perundangan sebelum mewartakan larangan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan MAIS menolak pemberian ubat PrEP itu berikutan isu homoseksual jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Secara prinsip asasnya, kita tidak boleh menggalakkan perbuatan tidak senonoh seperti homoseksual itu yang nyata di luar tabii manusia.

“Perkara melibatkan undang-undang itu (warta larangan) akan dikaji jawatankuasa fatwa negeri dan kita akan mengeluarkan kenyataan kelak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perutusan Pengerusi MAIS 2023 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Pada 12 Disember lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan akan melakukan projek rintis berkaitan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.

Penggunaan ubat PrEP dikatakan berkemampuan mengurangkan risiko jangkitan HIV menerusi seks sebanyak kira-kira 90 peratus apabila diambil mengikut preskripsi yang ditetapkan.

Sebelum ini ramai lelaki muda termasuk golongan profesional dan berkerjaya tinggi di negara ini dilaporkan menghidap HIV selepas terlibat dalam hubungan seks bebas sesama jantina.

Gaya hidup bebas, nafsu diri yang bertentangan dengan fitrah manusia serta terpengaruh dengan hubungan songsang dalam media sosial menjadi punca utama anak muda yang berusia 20 hingga 30 tahun mudah terjebak dalam barah sosial itu. 

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Abdul Aziz mengecam tindakan pelampau sayap kanan Sweden-Denmark membakar Al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm yang dianggap seperti membakar umat Islam.

“Tindakan biadap itu merupakan provokasi yang tidak sepatutnya berlaku dan saya tidak pernah melihat umat Islam membakar kitab suci agama lain. Orang yang membakar al-Quran  seolah-olah dia membakar umat Islam secara hidup hidup dan pemerintah negara tersebut perlu mengambil tindakan tegas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.