ETS lambat 3 jam: Penumpang dapat pemulangan tambang penuh

ETS lambat 3 jam: Penumpang dapat pemulangan tambang penuh

ETS yang dikendalikan KTMB amat popular kerana pergerakannya amat pantas dengan tambang berpatutan. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan pemulangan tambang secara penuh kepada penumpang beberapa perkhidmatan tren elektrik (ETS) semalam susulan sistem semboyan panel kawalan tren mengalami gangguan sehingga perkhidmatan mengalami kelewatan.

Menerusi kenyataan, KTMB memaklumkan gangguan tersebut dikesan berlaku pukul 11 pagi selama tempoh tiga jam, namun panel kawalan tren itu berjaya dipulihkan sekitar pukul 2 petang dengan perkhidmatan kembali seperti biasa bermula pukul 5 petang.

Kejadian yang tidak dijangka itu mengakibatkan perkhidmatan tren penumpang KTMB iaitu Komuter sektor Lembah Klang mengalami kelewatan antara 30 minit hingga 195 minit.

Ekoran insiden itu, laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral ditamatkan di Stesen Abdullah Hukum, manakala laluan Sungai Gadut-Batu Caves pula berakhir di Stesen Salak Selatan.

Sementara ETS didapati terjejas lebih teruk apabila beberapa perkhidmatannya dikesan lambat antara 91 minit sehingga 186 minit.

ETS dilancarkan pada 2010 meliputi laluan sektor Utara hingga ke Padang Besar, Perlis manakala sektor Selatan hingga ke Johor Bahru, Johor dijangka mula siap tahun depan.

Mengulas lanjut, KTMB memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas dan bagi penumpang ETS tidak dapat meneruskan perjalanan, tambang penuh akan dipulangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.