Empat pemancing dilaporkan hilang ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Empat pemancing dilaporkan hilang ditemukan selamat

EMPAT pemancing yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang kira-kira tiga jam di perairan Pulau Pangkor, Perak malam tadi. - UTUSAN/MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Empat pemancing yang dilaporkan hilang ketika memancing di perairan Pulau Pangkor malam tadi, ditemukan selamat kira-kira tiga jam kemudian.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, pihaknya mengerahkan serta-merta sebuah bot peronda menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan kehilangan itu pada pukul 9.35 malam.

“Maritim Perak melaksanakan operasi bantuan aset dan menemui bot pancing tersebut di perairan yang terletak kira-kira 1.1 batu nautika timur laut Pulau Pangkor, tengah malam tadi.

“Keempat-empat mangsa ketika ditemui memaklumkan bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin ketika melakukan aktiviti memancing di perairan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bot pancing itu ditunda oleh bot peronda Maritim ke jeti berdekatan bagi tujuan pembaikan dan sejurus berjaya dibaiki oleh anggota peronda, bot tersebut diiringi ke jeti Kampung Permatang, Seri Manjung.

Beliau memaklumkan keempat-empat mangsa warga tempatan berumur lingkungan 32 hingga 70 tahun itu dilaporkan selamat dan dalam keadaan stabil ketika tiba di jeti tersebut.

Menurut beliau, Maritim mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh komuniti nelayan melalui aduan pantas yang dibuat.

“Sebarang maklumat atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya