Emman mahu buktikan Malaysia sampai ke pentas gusti dunia

Emman mahu buktikan Malaysia mampu sampai ke pentas gusti dunia

EMMAN Azman menjadi juara gusti MCW Intercommonwealth pada 26 November lalu, sekali gus mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi kejohanan Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman bertekad mahu mengekalkan kejuaraannya dalam Kejohanan Gusti Asia Tenggara di Singapura, Januari ini.

Mengakui ia cabaran yang sukar, namun beliau kini telah memulakan latihan supaya Jalur Gemilang dapat terus berkibar dengan gah di luar negara.

“Saya sangat bangga menjadi orang Malaysia pertama memenangi kejuaraan gusti di luar negara dan membawa pulang tali pinggang MCW ini.

“Cabarannya adalah kejohanan gusti ini tiada kelas badan, jadi kita akan menjumpai pelbagai bentuk fizikal. Memang risau pada mulanya, namun semangat untuk bawa pingat pulang ke Malaysia lebih besar,” katanya.

Emman yang digelar Golden Boy tiba dari Australia disambut Pegawai Eksekutif My Pro Wrestling (MYPW), Datin Maria Abdullah di balai ketibaan KLIA pada jam 2.55, semalam.

Pada kejohanan yang diadakan pada 26 November lalu, dia menewaskan dua ahli gusti, Mick Moretti dan Adam Brooks.

Bercakap mengenai misi masa depan, Emman berkata, beliau mahu menjadi ahli gusti professional dan membawa nama negara ke persada dunia.

“Saya nak wrestling di Singapura, Thailand, Filipina, Australia dan mana-mana yang Emman boleh bawa tali pinggang ini. Insya-Allah di Jepun dan Amerika Syarikat juga.

“Emman nak mewakili nama Malaysia dalam sukan gusti seperti WWE (Worldwide Wrestling Entertainment) atau New Japan Pro Wrestling,” katanya.

Emman merupakan antara empat pelajar pertama di MYPW ketika memulakan karirenya pada 2014, ketika berusia 13 tahun. Kini, terdapat lebih 20 pelajar di MYPW.

Selepas ini, Emman akan bertanding dalam Singapore Pro Wrestling (SPW) di Singapura pada 27 Januari depan disusuli kejohanan di Thailand sehari selepas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.