Dua maut, dua lagi cedera kereta terbabas rempuh penghadang jalan

Dua maut, dua lagi cedera kereta terbabas rempuh penghadang jalan

KEADAAN kenderaan yang terlibat kemalangan meragut dua nyawa  berhampiran Plaza Tol Lima Kedai, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang jalan berhampiran Plaza Tol Lima Kedai, di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ronnie Robert berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 4.36 pagi dan seramai 14 anggota berserta dua jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna putih yang dinaiki empat lelaki  terbabas.

“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati pemandu dan penumpang di bahagian belakang pemandu  disahkan maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

“Anggota bertindak membuat kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan mengeluarkan semua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala dua mangsa cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Seorang mangsa maut dikenal pasti  E. Thiban, 25, manakala identiti pemandu belum dikenal pasti. Mangsa yang cedera ialah R. Shantihasheelan, 26, dan R. Kohilan, 29,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya