Dua kali tutup kedai akibat PKP, suami isteri usahakan piza

Dua kali tutup kedai akibat PKP, suami isteri usahakan piza kayu api

NORSALAWATI Razali dan Mohd. Rizzal Ahmad menyediakan tempahan pelanggan di Taman Aman, Alor Setar. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri di Taman Aman, di sini mencipta kelainan tersendiri dengan menjual piza yang dibakar menggunakan dapur kayu api berbanding ketuhar elektrik atau gas.

Menurut Norsalawati Razali, 46, dia dan suaminya, Mohd. Rizzal Ahmad, 46, mengusahakan perniagaan tersebut sejak tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan.

“Alhamdulillah, piza bakar menggunakan kayu api ini ada penggemar sendiri. Awalnya hanya mencuba untuk mencari kelainan kerana sudah banyak piza dibakar guna ketuhar.

“Tetapi kami guna kayu api iaitu cara tradisional yang juga digunakan oleh orang Itali,” katanya ketika ditemui di Taman Aman, semalam.

Katanya yang juga seorang penjawat awam, berbanding piza dibakar dengan ketuhar, penyediaan menggunakan kayu api menghasilkan aroma ‘berasap’ yang berbeza.

“Ada yang suka kerana piza ini bagi aroma smoked macam piza asli Itali. Kami menjual 15 jenis piza dan yang menjadi kegemaran ialah chicken supremo, Kambing BBQ dan Loq Staq Signature.

“Citarasa piza kami olah mengikut tekak orang Malaysia juga kerana sos dan adunan piza kami buat sendiri,” katanya.

Menurutnya, mereka mengusahakan perniagaan berkenaan di rumah ketika ini setelah terpaksa menutup dua kali premis perniagaan akibat pandemik Covid-19.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya