Doktor pakar lesap RM27,300 ditipu - Utusan Malaysia

Doktor pakar lesap RM27,300 ditipu

AHMAD ADNAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang doktor pakar sakit puan di sebuah hospital di sini berputih mata apabila wang berjumlah RM27,300 lesap selepas ditipu individu yang mendakwa dia terlibat dengan penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian bermula selepas lelaki berusia 27 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang, semalam.

Menurutnya, suspek terbabit mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai sebelum menyambung panggilan itu kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

“Melalui panggilan tersebut, mangsa diberitahu telah terlibat dengan kegiatan penggubahan wang haram.

“Disebabkan cemas dan takut, mangsa telah menyerahkan maklumat perbankan dalam taliannya termasuk nama dan kata laluan kepada seorang lelaki dikenali sebagai Tuan Sharif,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa menyedari ditipu setelah wang dalam akaun banknya dipindahkan melalui dua transaksi ke dalam akaun Public Bank atas nama Alfi Bin Haris

Katanya, dua transaksi tersebut masing-masing berjumlah RM12,000 dan RM15,300 dengan jumlah keseluruhan RM27,300.

“Mangsa telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan pada pukul 5.21 petang semalam.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.