Dilantik jadi duta, mungkin ini ganjaran jaga arwah ibu - Ryan Deedat - Utusan Malaysia

Dilantik jadi duta, mungkin ini ganjaran jaga arwah ibu – Ryan Deedat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Akur namanya tidak sehebat artis popular lain, penyanyi, Ryan Deedat, 31, tidak menyangka dirinya mendapat perhatian dan diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai duta.

Menurut Ryan atau nama sebenarnya, Sheikh Eamir Deedat, perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya kerana akur, keberadaannya dalam industri hiburan sejak 13 tahun lalu umpama tenggelam timbul.

“Ini merupakan kali pertama saya diberikan peluang begini. Belum pernah mana-mana pihak datang memberikan tawaran seperti ini. Mungkin nama saya tidak segah atau popular macam artis lain.

“Saya lihat ini sebagai rezeki tidak terjangka dan memberikan sinar baru buat saya yang kehilangan arwah ibu dan adik, tahun lalu.

“Mungkin betul juga kata orang, rezeki menjaga ibu pasti ada dan Allah akan berikan ganjaran. Saya rasa mungkin ini satu daripadanya,” katanya.

Ryan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman perlantikannya sebagai duta syarikat kelengkapan barangan perkahwinan, JV Craft & Gifts, di sini.

Seiring perlantikan itu, kata Ryan, dia juga diberi peluang menghasilkan sebuah single yang sinonim dengan tugas baharunya itu.

Menerusi single Hantaran Raya, kata Ryan, projek itu menyaksikan kerjasamanya dengan penulis lirik dan komposer, Adam Armin dan Yusof Khan.

“Kebetulan, pihak JV Craft & Gifts juga memang sedang mencari seseorang yang boleh menghasilkan lagu untuk tujuan promosi. Itu yang saya katakan, ini bagaikan rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Selain dilantik jadi duta, dapat juga saya hasilkan lagu untuk mereka. Terima kasih dengan idea yang diberikan oleh pihak JV. Saya bersyukur sangat,” katanya.

Berkongsi mengenai penghasilan Hantaran Raya, menariknya kata Ryan, lagu tersebut turut menampilkan suara kakitangan dan pihak pengurusan JV.

“Mereka semua sangat sporting dan happening. Menerusi lagu ini, saya juga berduet dengan penyanyi baharu, Nisha Que.

“Kami baru selesai menjalani proses pembikinan video muzik video dan selepas ini akan sibuk dengan rangka promosi bersama pihak JV,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya