Polis Sarawak tahan 328 suspek, rampas dadah RM2.02 juta

Dadah: Polis Sarawak tahan 328 suspek, rampas dadah bernilai RM2.02 juta

MOHD AZMAN menunjukkan kepada media kesemua suspek yang berjaya ditahan Polis Sarawak dibawah pelbagai akta kesalahan dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Polis Sarawak menahan 328 suspek dan merampas pelbagai jenis dadah, dipercayai dianggarkan bernilai RM2.02 juta dalam operasi antidadah di seluruh negeri yang digelar sebagai ‘Ops Tapis Khas’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam sidang medianya hari ini berkata, suspek terdiri daripada 316 lelaki dan 12 wanita berusia antara 17 dan 65 tahun.

Ujarnya, daripada jumlah itu seramai 233 suspek telah didapati positif pelbagai jenis dadah.

“Tangkapan itu adalah hasil 201 serbuan yang dilakukan di pelabuhan aktif, kawasan perumahan, rumah kedai, dan pelbagai premis dan lokasi lain di seluruh negeri.

“Operasi yang diadakan dari 17 hingga 19 Jan itu membabitkan rampasan pelbagai jenis dadah seperti serbuk ekstasi seberat 39.8kg, syabu 240.83g, ganja 59.20g, pil ekstasi 362 biji, dan pil Erimin 5 86 biji.

“Jumlah dadah yang dirampas mampu menampung kira-kira 134,437 penagih dadah,” kata Mohd Azman.

Tambahnya lagi, rampasan dadah tertinggi dicatatkan di Miri merekodkan bernilai RM1.99 juta, diikuti Kuching (RM9,000) dan Bintulu (RM4,722) serta daerah lain.

Selain itu, beliau turut mendedahkan 13 suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; 22 suspek di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952; 59 di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952; seorang di bawah Seksyen 6 ADB 1952; dan 233 di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Dua belas suspek, katanya, disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan sebatan sehingga tiga sebatan jika sabit kesalahan.

Dari 1 hingga 19 Jan, katanya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak telah menahan seramai 837 individu, meningkat 394 tangkapan, berbanding angka tangkapan tahun lepas sebanyak 443 dalam tempoh yang sama.

Bagi rampasan dadah, beliau berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.25 juta daripada RM524,153.06 tahun lalu kepada RM2.77 juta tahun ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dan Ketua NCID Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.