Covid-19: 360 kes positif, 1 kematian

Covid-19: 360 kes positif, 1 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 360 kes dengan satu kes import.

Jumlah terbabit lebih rendah berbanding kelmarin yang merekodkan sebanyak 420 kes sekali gus diatasi 423 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my hari ini, kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 20,253 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,027,457 kes. 

Bagi kes positif baharu, Selangor  menjadi negeri tertinggi dengan mencatatkan kes tiga angka iaitu 109 kes.

Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula ialah Kuala Lumpur (40), Kedah (32), Sarawak (23), Pulau Pinang (21), Melaka (21), Johor (19), Perak (17), Kelantan (15), Pahang (15), Negeri Sembilan (14), Sabah (10), Putrajaya (11) dan Terengganu (11).

Selain itu, satu lokasi mencatatkan kes satu angka Perlis, dua kes. Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.  Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 193 orang berbanding kelmarin, 189 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 30 kes bersamaan jumlah kelmarin, 30 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 16 kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes. 

Selain itu, Malaysia juga merekodkan satu kes kematian Covid-19, berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,858 kes. 

Tiada kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,852 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya