Bung Moktar letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah

Bung Moktar letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuatkuasa serta merta.

Bung Moktar memegang jawatan itu bermula pada Jun 2021 selepas memangku jawatan Presiden Safa sejak Disember 2020.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan sendiri kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasnya dalam bidang politik.

Walaupun rasa kecewa dengan pencapaian pasukan Sabah FC yang turun dan naik namun, sepanjang beliau mengetuai badan induk bola sepak itu, Safa berjaya melakukan perubahan dan membangunkan industri bola sepak Sabah.

“Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran Safa dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun masih belum mencapai tahap yang memuaskan,” katanya.

Surat peletakan jawatan itu akan dihantar kepada Setiausaha Agung Safa dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.

Keputusan meletak jawatan itu dibuat susulan keputusan BN Sabah menarik sokongan daripada Datuk Seri Hajiji Noor pada Jumaat lalu.

Bung Moktar mengumumkan keputusan menarik sokongan daripada Ketua Menteri Sabah itu selepas Hajiji bertindak memecat ADUN BN sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad iaitu sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya