Bintang Eight Is Enough, Adam Rich meninggal dunia

Bintang Eight Is Enough, Adam Rich meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon drama popular 1970-an Eight is Enough, Adam Rich menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun, Sabtu lalu.

Lapor ABC News, Rich meninggal dunia di kediamannya di Brentwood, dekat sini.

Polis menolak sebarang unsur meragukan berhubung kematian pelakon tersebut dan masih menyiasat perkara itu.

Rich mencipta nama sekitar tahun 1970-an menerusi peranan sebagai kanak-kanak berusia lapan tahun bernama Nicholas Bradford dalam drama berkenaan.

RICH sebagai Nicholas Bradford menerusi drama Eight is Enough

Pelakon, Betty Buckley yang membawakan watak ibu tiri dalam drama sama memaklumkan, terkejut dengan pemergian Rich.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Buckley berkongsi sekeping gambar bersama mendiang ketika menjayakan Eight is Enough.

“Saya mengaguminya dan seronok bekerja dengannya. Mendiang seorang yang baik, melucukan dan berpewatakan semula jadi.

“Dia membawa kegembiraan kepada semua yang terlibat dalam rancangan tersebut dan juga penonton,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya