Bincang secara baik - Md. Nasir Ibrahim - Utusan Malaysia

Bincang secara baik – Md. Nasir Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim meminta mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikannya bagi jawatan tersebut  agar tampil bersemuka dan berbincang secara baik.

Kata Md. Nasir, langkah tersebut wajar dilakukan bagi meleraikan sebarang salah faham dan buruk sangka yang dilemparkan terhadap beliau.

“Saya tidak ada masalah dan langsung tidak terkesan dengan serangan peribadi yang dibuat pihak-pihak berkenaan terhadap saya.

“Ia tidak menggangu fokus saya untuk menjaga nama baik FINAS serta peranan badan ini dalam membantu ke arah perkembangan industri perfileman tanah air lebih-lebih lagi selepas pandemik.

“Dalam isu ini, saya mengambil pendekatan untuk menerima sebarang kritikan dengan terbuka. Saya tidak sempurna, kalau ada kelemahan , jumpa berdepan dan bincang cara baik. Saya tak ada masalah dan akan perbaiki,” katanya ketika ditemui wartawan di ibu pejabat Finas, baru-baru ini.

Md. Nasir kebelakangan ini berdepan kritikan dan tidak kurang juga serangan bersifat peribadi daripada pelbagai pihak berhubung beberapa isu berbangkit termasuk kerja lebih masa sehingga 20 jam yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Antara yang lantang mengkritik beliau adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Dalam masa yang sama, Md. Nasir juga memaklumkan enggan mengambil pusing terhadap desakan-desakan beberapa individu dalam industri yang mahukan beliau melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Finas.

“Saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan atau mempengaruhi pelantikan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas kerana perkara ini ditentukan oleh pihak kementerian.

“Apa yang boleh saya katakan, saya hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan ikhlas dan jujur. Saya mahu fokus terhadap pelan strategik yang saya bangunkan dalam menetukan hala tuju FINAS untuk lima tahun yang akan datang yang mana sudah menampakkan kejayaannya.

“Saya maklum bahawa prestasi saya dinilai oleh menteri. Jadi pihak yang mempersoalkan pelantikan saya bagi jawatan ini boleh kaji semula Akta Finas 244 untuk meleraikan sebarang salah faham,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya