Betul ke keluar sebab duit? - Utusan Malaysia

Betul ke keluar sebab duit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BILA timbul cerita mengenai Tuju menarik diri daripada kumpulan K-Clique, Cik Bunga pada mulanya lebih selesa menjadi pemerhati.

Bukan apa, kita tidak pasti apa punca sebenar, malah kisah perpecahan dalam sesebuah kumpulan sudah terbiasa kita dengar. Bertahun-tahun menjadi pemerhati industri seni, ragam pemainnya hampir sama.

Cik Bunga tahu, tidak mudah untuk sesebuah kumpulan bertahan, terutama apabila masingmasing mempunyai komitmen dan hala tuju tersendiri.

Kita manusia, untuk jamin 100 peratus sentiasa sekepala dalam semua perkara memang mustahil.

Pelbagai isu atau dugaan boleh terjadi dalam perjalanan itu dan mungkin ada anggota berjauh hati serta bertindak untuk ‘blah’.

Namun, Cik Bunga dengar, antara punca Tuju berundur daripada K-Clique disebabkan isu kewangan.

Ada yang mendakwa, Tuju sedang dibelenggu masalah kewangan hingga membuat keputusan kembali ke Sabah bersama isterinya, Loca B.

Cik Bunga tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun, Tuju pasti ada sebab tersendiri mengapa membuat keputusan meninggalkan kumpulan yang sudah seperti sebuah keluarga, bak kata anggota K-Clique, Noki sebelum ini.

Pada masa sama, ada yang memberitahu, Tuju turut memberikan ‘hint’ punca dia meninggalkan K-Clique dalam lagu duet terbaharu bersama Loca B, Siaran Langsung.

Cik Bunga dah dengar, nak kata tidak ada, tetapi macam ada. Nak kata tiada, mungkin juga sekadar kebetulan.

Entahlah, memang pening kalau membabitkan isu artis berkumpulan ini. Masing-masing ada sebab dan prinsip tersendiri.

Pokok pangkal, peminat tentunya mahukan semua pihak ada persefahaman dan bersatu semula.

Namun, terserah kepada mereka untuk tentukan arah perjalanan masing-masing

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.