Beri masa, saya bukan Superman - Anthony Loke

Beri masa, saya bukan Superman – Anthony Loke

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew mengakui dirinya bukan seorang adiwira seperti ‘Superman’ yang mampu menyelesaikan masalah dalam masa singkat. 

Setiausaha Agung DAP itu memohon supaya diberi masa bagi menaik taraf sistem pengangkutan awam negara ini. 

“Saya bukan Superman, dengan semua akan baik selepas satu pemeriksaan mengejut terhadap pengangkutan awam. 

“Bukan lepas tukar menteri semua masalah akan selesai pada hari berikutnya,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama stesen radio berbahasa Cina seperti yang dipetik oleh portal rasmi parti itu, The Rocket. 

Siew Fook berkata, menteri mendengar masalah, memahami kebimbangan dan kesengsaraan rakyat,  bagaimanapun akan sentiasa memberi fokus menyelesaikan masalah rakyat walaupun bukan melalui penyelesaian serta-merta.

“Ini cabaran saya beri pada diri sendiri. Sama ada saya boleh laksanakan atau tambah baik, ia memerlukan satu tempoh masa untuk dibuktikan,” katanya. 

Sementara itu, katanya, indeks prestasi utama (KPI) akan ditetapkan dalam sektor pengangkutan seperti berapa jauh kereta api boleh bergerak selepas rosak sekali. 

Beliau mengambil contoh Singapura menyaksikan kereta api di negara berkenaan hanya rosak lima minit selepas bergerak sejauh dua juta kilometer (km). 

“Jika jaraknya lebih jauh berbanding sebelum rosak, bermakna standardnya telah meningkat,” katanya.

“Standard itu (Singapura) mungkin sangat jauh lagi untuk kita pada masa ini, tetapi kita akan gunakan pengukuran jenis ini pada masa hadapan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya