Beri kerajaan baharu masa tadbir negara - Utusan Malaysia

Beri kerajaan baharu masa tadbir negara

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan masa meskipun pernah menaburkan pelbagai janji ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, namun mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Katanya, walaupun PRU15 telah memasuki usia dua bulan, laungan kempen pilihan raya masih berkumandang dalam kalangan rakyat ekoran banyak janji sepanjang musim pilihan raya lalu.

“Mereka menjanjikan pelbagai perkara dan keghairahan ini masih dengar, harga minyak bila nak turun, tidak termasuk cerita telur dan ayam.

“Kempen pilihan raya sudah selesai, sejujurnya beri ruang dan masa oleh kerana mereka baru masuk pejabat sedikit lebih dua bulan,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Parlimen Siri 1.0: Reset Ekonomi Malaysia di Parlimen di sini, malam tadi.

Menyentuh aspek reformasi, Rais berkata, pengasingan kuasa Parlimen dan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen merupakan antara agenda pembaharuan perlu disegerakan oleh kerajaan baharu pada hari ini.

Jelasnya, setiap Perdana Menteri mempunyai moto dan wawasan tertentu, tetapi hasrat itu mestilah diterjemahkan dalam bentuk realiti.

“Oleh itu segala transformasi bukan sahaja sesuatu yang terapung di udara, tetapi biarlah menjadi satu lambang yang diterjemahkan kepada masyarakat inginkan,” katanya.

Beliau melihat segala intipati transformasi pentadbiran seperti terkandung memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang sebelum ini wajar dijadikan garisan untuk melakukan reformasi dalam negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.