Bank Negara berkuasa tentukan kenaikan OPR tanpa campur tangan kerajaan 

Bank Negara berkuasa tentukan kenaikan OPR tanpa campur tangan kerajaan 

Bank negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa perlu campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hak dan kuasa itu telah diberi pengkhususan seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang negara ini.

“Perubahan berhubung OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tetapi itu adalah ‘wenang’ (hak untuk berbuat sesuatu) BNM,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan berhubung impak dan tindakan oleh Kementerian Kewangan susulan jangkaan kenaikan OPR sebanyak dua kali oleh BNM.

OPR mewakili kadar faedah minimum dikenakan dalam kalangan bank bagi pinjaman antara bank yang ditetapkan oleh BNM bertujuan mengawal bekalan wang dan mempengaruhi hala tuju ekonomi negara. 

Kadar faedah kepada pinjaman orang awam akan terkesan sama apabila kadar faedah pinjaman wang antara bank terkesan kerana bank mengalihkan kos pinjaman lebih tinggi kepada pengguna menerusi kenaikan kadar faedah. 

Kata Anwar, BNM diberi mandat untuk mempromosi kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan.

Mengulas lanjut, katanya, satu perbincangan bersama membabitkan Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli akan dilakukan sebelum merangka Belanjawan 2023.

“Saya undang Gabenor Bank Negara (Malaysia) dan Menteri Ekonomi untuk berbincang sekali. Saya ingat pendekatan ini yang saya pernah lakukan dulu. Saya tidak asing, kerana tindakan mana-mana pihak itu akan juga melibatkan dasar ekonomi keseluruhannya,” katanya.

Anwar dijadual membentang Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini  pada Sidang Pertama Parlimen ke-15. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.