Bangkai, najis tikus ditemukan di tiga premis makanan  - Utusan Malaysia

Bangkai, najis tikus ditemukan di tiga premis makanan 

NOR AZIMI Yunus (kiri) membuat pemeriksaan dapur premis dalam satu Operasi Mega Bersepadu Perundangan Kesihatan Awam di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Najis dan bangkai tikus antara yang ditemukan di dapur tiga buah premis makanan di sekitar Indera Mahkota dalam operasi mega bersepadu Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di sini hari ini.

Pengarah JKNP, Datuk Nor Azimi Yunus berkata, kesemua premis berkenaan diarahkan tutup selama 14 hari berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, pemilik premis didapati tidak mengamalkan amalan kebersihan yang digariskan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1985.

“Dalam operasi ini, kita menemukan najis, bangkai dan tempat pembiakan tikus di beberapa premis makanan. Malah, ada juga peti sejuk yang tidak berfungsi dengan baik dan mangkuk yang sumbing serta retak.

“Jadi, berdasarkan penilaian tahap kebersihan yang dilakukan, ia di bawah 50 peratus iaitu antara 45 dan 49 peratus,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Mega Bersepadu Perundangan Kesihatan Awam di sini.

Operasi tersebut membabitkan 135 anggota penguat kuasa JKNP, Pejabat Kesihatan Daerah dan Sektor Inspektorat dan perundangan Kementerian Kesihatan.

Sebanyak lapan kompaun lagi turut dikeluarkan di tiga premis terbabit atas pelbagai kesalahan.

Nor Azimi memaklumkan sebanyak 19 kompaun dikeluarkan terhadap individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.

“Kesemua kompaun itu atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Kita mahu memastikan pematuhan terhadap peraturan kesihatan awam dengan penumpuan di kawasan industri, premis perniagaan, premis makanan yang berisiko dan kawasan tumpuan awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya