Awasi segera pelancong China, kerajaan jangan ulang silap lama

Awasi segera pelancong China, kerajaan jangan ulang silap lama

WAN AHMAD FAYSHAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengambil pengajaran kesilapan lama kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 yang lambat bertindak menyekat kemasukan pelancong negara berisiko sehingga mengakibatkan kematian ribuan rakyat dan kemusnahan ekonomi yang sampai sekarang belum pulih. 

Ketua Angkatan Bersatu Malaysia (Armada), Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan wajar memantau perkembangan Covid-19 yang sangat teruk di China seperti dilaporkan oleh media-media antarabangsa sekali gus mengimbau kejadian sama pada awal 2020.

Justeru katanya, tindakan tangkas dan tegas perlu segera diambil bagi mengelak penularan yang berlaku di luar jangka khususnya melibatkan pergerakan keluar-masuk manusia di semua pintu masuk sempadan negara. 

“Menurut agensi data kesihatan Airfinity berpangkalan di United Kingdom, keadaan Covid-19 di China kembali memuncak bermula November 2022 setelah China melonggarkan dasar sifar Covid-19 mereka. Kesan kawalan yang longgar menunjukkan jumlah kematian Disember 2022 sehingga hari ini mencecah 100,000 orang dengan jumlah jangkitan berjumlah 18.6 juta orang. 

“Airfinity juga menjangka jumlah kematian memuncak pada bulan Januari 2023 dengan kematian yang mencecah 25,000 orang setiap hari. Kita dikejutkan dengan berita yang dilaporkan pihak New York Post  pada 28 Disember 2022, ratusan penumpang dari China yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa, Milan adalah positif Covid-19 dan terpaksa diasingkan dengan segera.

“Armada mahu kepentingan rakyat diutamakan berbanding hal-hal lain dalam soal ancaman Covid-19 yang terbaharu kini,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, meskipun Armada menyokong tindakan Kementerian Kesihatan memperkukuh langkah dalam berhadapan dengan lonjakan kes Covid-19 ini termasuk mengasingkan dan menguji penumpang yang bergejala, melakukan pemeriksaan rawak air kumbahan pesawat dan melakukan ujian RTK dan PCR kepada penumpang yang positif, pihaknya yakin bahawa tindakan tersebut tidak mencukupi. 

Katanya, tindakan pencegahan yang lebih ketat iaitu kerajaan mesti menghalang kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu sehinggalah kes harian di China menurun. 

“Ini selari dengan gesaan Presiden Persatuan Pelancongan Malaysia, Uzaidi Udanis kerana kita mesti mengambil pengajaran daripada gelombang pertama dan kedua Covid-19 yang meranapkan industri pelancongan negara,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu,  beberapa negara mengambil langkah drastik ekoran kemuculan varian terbaharu dikenali sebagai BF.7 dengan mengawal kemasukan pengunjung China termasuk Jepun apabila Perdana Menterinya, Fumio Kishida mengarahkan jumlah penerbangan dihadkan kepada empat lapangan terbang utama dengan pelancong dari negara berisiko wajib menunjukkan keputusan sebelum dibenarkan masuk.

“Amerika Syarikat pula sedang dalam proses menyekat kemasukan pelancong China atas sebab kesihatan awam. Turki mewajibkan pelancong dari China untuk mengambil ujian sebelum berlepas. United Kingdom dan Perancis memantau sampel Covid-19 secara rawak terhadap penumpang yang datang dari negara berisiko,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya