Apa hasil siasatan SPRM isu nadir bumi Kedah?

Apa hasil siasatan SPRM isu nadir bumi Kedah?

LAPORAN Utusan Malaysia pada 3 Oktober tahun lalu mengenai kecurian nadir bumi di Sik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar menjelaskan hasil siasatan berhubung kecurian nadir bumi atau rare earth element (REE) yang dicuri di Kedah, sebelum ini.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, selepas tiga bulan siasatan dijalankan, tiada sebarang perkembangan dilaporkan walaupun wujud desakan daripada pelbagai pihak agar kes itu disiasat secara menyeluruh.

“Saya minta SPRM tampil menjelaskan hasil siasatan seperti mana mereka pantas menjalankan siasatan terhadap dakwaan projek RM92.5 bilion semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

“Pihak berkuasa serta agensi kerajaan negeri turut perlu mendedahkan hasil laporan siasatan terutamanya tentang nilai sebenar kerugian dialami setelah lebih dua tahun kecurian itu berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 3 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan negara mungkin sudah kerugian mencecah angka berbilion ringgit apabila hasil REE di Hutan Simpang Bukit Enggang di Sik dicuri pihak tertentu.

Susulan itu pelbagai pihak mendesak agar siasatan menyeluruh dijalankan berhubung perkara berkenaan agar mereka yang mendapat keuntungan besar hasil kerja haram tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan.

Mengulas lanjut Shaiful Hazizy berkata, setakat ini difahamkan hanya dua kompaun dikeluarkan berjumlah RM130,000 dan RM500,000 oleh Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) berhubung perkara itu.

“Walhal tidak mungkin jenayah ini beroperasi dengan kapasiti sindiket yang kecil atau berseorangan. Mengapa tiada maklumat langsung diperolehi daripada lelaki tersebut berkaitan kumpulan jenayah ini dan adakah benar kejadian ini tiada kaitan dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) atau kerajaan negeri?

“Adakah Menteri Besar hanya berbangga dapat mengutip kompaun daripada lelaki warganegara China berkenaan tetapi mendiamkan diri kemudiannya? Justeru saya gesa agar siasatan tidak hanya dijalankan berkaitan kesalahan menceroboh hutan sebaliknya dibuat secara menyeluruh berkaitan jenayah kecurian REE melibatkan sindiket di negeri ini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya