Anwar tiba di Jakarta, lawatan rasmi pertama ke luar negara - Utusan Malaysia

Anwar tiba di Jakarta, lawatan rasmi pertama ke luar negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jakarta, Indonesia bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada pukul 1.57 petang waktu tempatan (2.57 petang waktu Malaysia).

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan disambut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Ini merupakan lawatan rasmi Anwar ke luar negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, November lalu.

Lawatan pertama Perdana Menteri ke luar negara bermula dengan tradisi bersongkok, martabatkan budaya.

Petang ini, Anwar bakal menghadiri majlis memeterai memorandum persefahaman dan surat hasrat (LOI) antara syarikat Malaysia dan Indonesia di Hotel Grand Hyatt.

Program lawatan rasmi ini disusuli majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di Indonesia di Kedutaan Malaysia di sini.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan dan sesi soal jawab.

Esok, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Bogor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya